Thursday, December 15, 2011

Khutbah Jumaat : Menuntut Ilmu

Assalamualaikum. Aku baru saja balik solat jumaat ni. Hari yang panas, tapi bersyukurlah. Alhamdulillah. So, tadi khatib ada cakap pasal topik menuntut ilmu ni.

Aku tau, dah jadi lumrah dari kecil lagi kita belajar kan ? Pagi pagi mandi, pergi sekolah. And, sudah tentu kita pergi sekolah untuk belajar. Pernah tak kita semua terfikir kenapa kita pergi ke sekolah ? senang kata, kenapa kita menuntut ilmu ? Ada orang menuntut ilmu ni sebab kena paksa, ada yang saja jek balajar takde matlamat, ada yang menuntut ilmu untuk kaya dan yang lagi teruk pergi menuntut ilmu untuk bermegah-megah dengan ilmu yang dia ada. K sekarang ni, cuba kita perbetulkan balik nawaitu kita menuntut ilmu ni. Aku pun nak mulakan niat baru untuk menuntut ilmu, biarlah kita menuntut ilmu kerana Allah.

''Orang yang nak berjaya di dunia perlukan ilmu, orang yang nak berjaya di akhirat perlukan ilmu, orang yang nak berjaya di dunia dan akhirat juga perlukan ilmu.'' Dah selalu sangat kita dengar hadis ni kan ? But, tak pernah pun kita selidik. Kita maybe tak tau apa lah penting sangat ilmu ni. Tau tak ? kat akhirat nanti Allah tinggikan darjat orang yang beriman. Dari pada kalangan orang yang beriman itu akan ditinggikan darjatnya kerana ilmu miliknya. Siapa tanak kann ?

So, tuntut lah ilmu selagi masih ada hayat ni untuk bekal di akhir hari nanti. Refresh balik niat kita. InsyaAllah, Allah ada dengan kita. Amin :)